Nemonik Urutan pengiraan

Nemonik kadangkala digunakan untuk membantu pelajar menghafal aturan tersebut yang melibatkan satu atau dua huruf terawal untuk setiap operasi pengiraan. Terdapat pelbagai nemonik digunakan pada negara-negara yang berbeza.[7][8][9]

  • Di Malaysia, "KUDABATATO" digunakan sebagai nemonik yang bermaksud "Kurung, Darab, Bahagi, Tambah, Tolak".
  • Di negara Amerika Syarikat[10] serta Perancis,[11] akronim PEMDAS selalu digunakan. Ia mewakili "Parentheses, Exponents, Multiplication/Division, Addition/Subtraction".[10] PEMDAS selalunya dikembangkan nemonik nemonik "Please Excuse My Dear Aunt Sally" di sekolah.[12]
  • Negara Kanada dan New Zealand pula menggunakan BEDMAS, yang mewakili "Brackets, Exponents, Division/Multiplication, Addition/Subtraction".[10]
  • Di negara-negara seperti United Kingdom (UK), Pakistan, India, Bangladesh dan Australia[13] serta sesetengah negara yang menggunakan bahasa Inggeris, BODMAS digunakan yang mewakili "Brackets, Order, Division/Multiplication, Addition/Subtraction".[14] Negara Nigeria dan beberapa negara Afrika Barat juga guna BODMAS. Di UK turut menggunakan BIDMAS yang mewakili "Brackets, Indices, Division/Multiplication, Addition/Subtraction".

Nemonik sedemikian mungkin boleh membawa kekeliruan apabila ditulis dalam bentuk begini.[12] Misalnya, menyalahtafsirkan mana-mana aturan di atas sehingga membawa makna "tambah dahulu, tolak kemudian" akan membawa kepada penilaian ungkapan yang tidak tepat[12] kerana a − b + c {\displaystyle a-b+c} boleh disalahtafsir menjadi a − ( b + c ) {\displaystyle a-(b+c)} , sedangkan penilaian ungkapan yang betul ialah ( a − b ) + c {\displaystyle (a-b)+c} . Nilai-nilai tersebut akan berbeza apabila c ≠ 0 {\displaystyle c\neq 0} .

6÷2×(1+2) dinilai sebagai 6÷(2×(1+2)) oleh kalkulator fx-82MS (rajah atas), dan (6÷2)×(1+2) oleh kalkulator TI-83 Plus (rajah bawah).

"Tambah/Tolak" dalam nemonik sepatutnya ditafsir sebagai penolakan adalah penambahan nilai yang bertentangan, manakala ungkapan a ÷ b × c adalah kabur dan boleh dibaca dalam pelbagai cara kerana ( a ÷ b ) × c {\displaystyle (a\div b)\times c} adalah berbeza daripada a ÷ ( b × c ) {\displaystyle a\div (b\times c)} apabila c ≠ ± 1. {\displaystyle c\neq \pm 1.}

Ketaksaan tambahan yang disebabkan oleh cara pengiraan darab yang disusun berdampingan serta penggunaan tanda miring mewakili pembahagian telah dibincagkan pada bahagian berikut. Umumnya, gunakanlah tanda kurung untuk mengelak ketaksaan.

Rujukan

WikiPedia: Urutan pengiraan http://syllabus.bos.nsw.edu.au/assets/global/files... http://eduplace.com/math/mathsteps/4/a/index.html http://study.com/academy/lesson/what-is-pemdas-def... http://www.cambridge.org/uk/catalogue/catalogue.as... http://blogs.edweek.org/teachers/coach_gs_teaching... http://www.mathcentre.ac.uk/resources/uploaded/mc-... https://codeplea.com/exponentiation-associativity-... https://www.insider.com/viral-math-problem-solutio... https://support.microsoft.com/en-gb/kb/kbview/1326... https://www.purplemath.com/modules/orderops.htm